Bahasa

/

Pengiktirafan

PolyRate 2013

Polyrate 2013 telah dilaksanakan untuk memberi penarafan kepada politeknik seluruh Malaysia. Ini merupakan kali kedua penarafan diberi, setelah dilaksanakan pada tahun 2011 dengan jayanya.

Seramai 11 orang penyelidik daripada Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Tenaga Nasional telah terlibat dalam aktiviti penarafan ini. Mereka telah dipertanggungjawabkan untuk meneliti dan menambahbaik instrumen Polyrate 2013 supaya bersifat lebih objektif bagi membolehkan penilaian yang lebih sempurna dilakukan. Selain daripada itu, kumpulan penyelidik ini turut mengadakan lawatan audit (dibantu oleh 10 orang penilai luar daripada IPTA seluruh negara) ke semua politeknik terlibat dan seterusnya menyediakan laporan keputusan Polyrate 2013.
Daripada 32 buah politeknik seluruh Malaysia, hanya 25 politeknik mempunyai kriteria yang cukup untuk diaudit. Sebanyak 22 politeknik telah diberi penarafan iaitu politeknik yang memenuhi kriteria-kriteria berikut, iaitu:

  • Mempunyai graduan pada kajian pengesanan graduan 2012;
  • Mempunyai kampus yang beroperasi secara berterusan; dan
  • Mempunyai program yang ditawarkan secara berterusan

Instrumen kajian Polyrate 2013 terdiri daripada 5 kriteria, iaitu:

 polyrate-tier

Keputusan Penarafan Polyrate 2013:

Bil.

Politeknik

Singkatan

Tier

1.

Politeknik Ibrahim Sultan

PIS

6

2.

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah

POLISAS

6

3.

Politeknik Sultan Azlan Shah

PSAS

6

4.

Politeknik Ungku Omar

PUO

5

5.

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

PSA

5

6.

Politeknik Kota Bharu

PKB

5

7.

Politeknik Port Dickson

PPD

5

8.

Politeknik Seberang Perai

PSP

5

9.

Politeknik Merlimau Melaka

PMM

5

10.

Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

PTSB

5

11.

Politeknik Sultan Idris Shah

PSIS

5

12.

Politeknik Melaka

PMK

5

13.

Politeknik Muadzam Shah

PMS

5

14.

Politeknik Sultan Abdul Halim Muā€™adzam Shah

POLIMAS

4

15.

Politeknik Kuching Sarawak

PKS

4

16.

Politeknik Kota Kinabalu

PKK

4

17.

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

PSMZA

4

18.

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

PTSS

3

19.

Politeknik Mukah

PMU

3

20.

Politeknik Kuala Terengganu

PKT

3

21.

Politeknik Nilai

PNS

3

22.

Politeknik Hulu Terengganu

PHT

2

Secara keseluruhannya, hasil penarafan pada tahun 2013 menunjukkan peningkatan dengan 3 politeknik mencapai Tier 6, 10 politeknik mencapai Tier 5, 4 politeknik mencapai Tier 4, 4 politeknik mencapai Tier 3 dan 1 politeknik mencapai Tier 2. Antara kekuatan politeknik hasil daripada penarafan ini  ialah daripada aspek pengiktirafan program pengajian dan graduan.