Bahasa

/

Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC)

Pengenalan

 

Jabatan Pendidikan Politeknik, KPT mensasarkan pencapaian akreditasi Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC) yang merupakan sebuah badan di bawah Colombo Plan Staff College for Technician Education (CPSC) secara langsung berupaya memudahkan mobiliti graduan Politeknik Malaysia ke negara-negara Asean. CPSC yang dianggotai oleh 17 buah negara rantau Asia Pasifik telah memulakan inisiatif bagi penubuhan APACC pada bulan Disember 2004 di Seoul, Republik Korea. 17 buah negara keahlian CPSC telah memberi komitmen mereka untuk membangunkan satu badan serantau bagi memberi akreditasi dan persijilan kepada institusi Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET).

Prinsip asas inisiatif akreditasi dan persijilan APACC:

  1. mengharmonikan kualiti pendidikan TVET
  2. mewujudkan standard setara dalam kemahiran yang diajari di institusi TVET rantau Asia Pasifik
  3. memudahcara mobiliti pekerja di rantau Asia dan Pasifik.

Akreditasi APACC merupakan satu-satunya akreditasi khusus bagi institusi TVET. Jika dilihat dari statistik yang dikeluarkan oleh pihak CPSC pada tahun 2013, 87 buah institusi dari 8 buah negara telah memohon untuk mencapai akreditasi APACC. Dari 87 buah itu hanya 29 buah sahaja (33.3%) telah berjaya memperolehi akreditasi APACC. Dari 29 buah itu hanya 3 institusi (3.4%) yang berupaya mencapai Tahap II - Perak  dari keseluruhan institusi yang memohon. Selebihnya 26 buah (29.8%) memperolehi Tahap I - Gangsa.

Pada tahun 2014 Politeknik Malaysia menjadi institusi TVET pertama di Asia Pasifik yang mencapai Tahap III - Emas.

  

Pencapaian

 

Tahun 2014:

Bil.

Politeknik

Pencapaian

1

Politeknik Ungku Omar (PUO), Perak

Tahap III - Emas

2

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Selangor

3

Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Johor

 

Tahun 2015:

Bil.

Politeknik

Pencapaian

1

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Pahang

Tahap III - Emas

2

Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Perak

3

Politeknik Seberang Perai (PSP), Pulau Pinang

4

Politeknik Kota Bharu (PKB), Kelantan

 

 

Pencapaian akreditasi APACC pada Tahap III - Emas secara langsung berupaya membuktikan bahawa sistem pengajian politeknik telah berupaya mencapai standard yang ditetapkan di peringkat antarabangsa. Secara langsung ini bermakna graduan dari sistem pengajian politeknik seharusnya mampu bersaing sehingga di persada antarabangsa.