Bahasa

/

Berita

FLAG OFF FIRA 2016

“Flag Off” Pasukan Robotik Politeknik Malaysia ke FIRA Beijing 2016. Politeknik Malaysia akan menyertai Pertandingan Robotik Antarabangsa 21st FIRA RoboWorld Cup 2016, Beijing, China pada 13-20 Disember 2016. Pasukan ini akan menyertai 4 kategori utama yang dipertandingkan, iaitu HuroCup, RoboSot, AndroSot dan SimuroSot. Seramai 50 orang warga Politeknik Malaysia gabungan mantap antara pelajar dan pensyarah akan berentap di Beijing, China pada hujung tahun ini. Politeknik yang terlibat dengan pertandingan ini adalah Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) , Politeknik Port Dickson (PPD) , Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Politeknik Balik Pulau (PBU), dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB).

flag off FIRA