Bahasa

/

Berita

UCAPAN TAHNIAH KEPADA PASUKAN FIRA ROBOTIK POLITEKNIK MALAYSIA

Pasukan Robotik Politeknik Malaysia telah menyertai Kejohanan 21st FIRA RoboWorld Cup Beijing, China 2016 yang telah berlangsung pada 14-18 Disember 2016. Sebanyak 4 kategori pertandingan disertai pada kali ini iaitu kategori HuroCup, AndroSot, RoboSot dan SimuroSot. Pasukan Politeknik Malaysia terdiri daripada Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Politeknik Port Dickson (PPD), Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan Politeknik Balik Pulau (PBU). Pada kejohanan kali ini, pasukan Politeknik Malaysia telah berjaya meraih 6 pingat emas, 8 pingat Perak dan 4 pingat gangsa. Pingat emas diperolehi menerusi kategori Androsot iaitu 4 pingat, HuroCup 1 pingat dan Robosot 1 pingat. Sebanyak 10 buah negara yang menyertai kejohanan pada tahun ini dan antara pasukan-pasukan yang telah ditewaskan oleh Pasukan Politeknik Malaysia terdiri daripada pasukan Mexico, Taiwan, India, China, Indonesia dan Korea Selatan. Tahniah dan Syabas diucapkan.

fira