Bahasa

/

Berita

MOU JPP BERSAMA INTI UNIVERSITY

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) dan INTI International University telah diadakan pada 26 Januari 2017 di INTI International University, Nilai, Negeri Sembilan. MoU ini bertujuan untuk menyediakan artikulasi bersama Pihak INTI bagi Program Diploma dalam bidang Kejuruteraan, IT dan Bioteknologi, dimana kesemua pelajar politeknik ini diberi pengecualian kredit sebanyak 1 tahun bagi tujuan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di INTI. Pihak Gamuda Berhad pula telah bersetuju menawarkan 9 pelajar politeknik yang layak untuk diberi penajaan biasiswa untuk kemasukan bulan Januari 2017 di INTI International University. Pelajar yang mendapat penajaan ini terdiri daripada 3 orang pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), 3 orang pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO) dan 3 orang pelajar Politeknik Port Dickson (PPD).

MoUJPPINTI