Bahasa

/

Soalan Lazim

Soalan Lazim

  1. Bolehkah saya menggunakan  no PIN yang dibeli pada sesi JUN untuk memohon pada sesi DISEMBER?
    Ya. No PIN sesi JUN boleh digunakan untuk permohonan kemasukan pada sesi DISEMBER. No PIN tersebut sah selama 1 tahun bagi mengisi borang permohonan dalam tahun semasa.

  2. Adakah politeknik menawarkan program sijil?
    Ya, tetapi hanya untuk pelajar berkeperluan khas (pekak dan bisu) sahaja. Program-program utama yang ditawarkan adalah di peringkat diploma, diploma lanjutan dan beberapa program ijazah sarjana muda

  3. Di manakah saya hendak mendapatkan PIN Politeknik?
    No. PIN untuk kemasukan ke Politeknik mengunapakai no. PIN UPU dan boleh dibeli di BSN dengan harga RM15.60.

  4. Bagaimana saya hendak membayar pinjaman KPTM?
    Sila hubungi Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik di nombor 0388844600 bagi urusan pembayaran tersebut.

  5. Saya ingin memohon masuk ke Politeknik. Apa yang perlu saya buat?
    Untuk kemasukan pada sesi JUN, permohonan boleh dibuat melalui website UPU di http://upu.mohe.gov.my manakala permohonan sesi DISEMBER dibuat melalui portal pengambilan pelajar politeknik di http://www.politeknik.edu.my

  6. Bagaimanakah cara memohon jawatan tenaga pengajar di politeknik?
    Pengambilan tenaga pengajar politeknik diurus oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia. Sila layari www.spp.gov.my untuk maklumat lanjut

  7. Apakah Fungsi Bahagian Pentaksiran Dan Pensijilan ?
    Antara Fungsi Bahagian Pentaksiran Dan Pensijilan
    1. Bertanggungjawab ke atas perancangan dan pengurusan sistem pentaksiran pengajian di Politeknik.
    2. Bertanggungjawab ke atas perancangan dan pengurusan Penganugerahan Pensijilan Politeknik.
    3. Membangunkan dan mengemaskini Garispanduan Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Pengajian di Politeknik.
    4. Membangun dan mengawalselia pengurusan bank soalan.
    5. Sekretariat Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Pensijilan Politeknik.

  8. Sekiranya saya kehilangan atau ingin mendapatkan kembali salinan Sijil/Diploma Politeknik dan di manakah saya boleh mengambilnya semula?
    Untuk makluman pihak tuan, kawalan Sijil adalah di peringkat Politeknik dan pengeluaran bagi Sijil adalah dari Politeknik masing-masing. Oleh itu,sila hubungi politeknik berkenaan bagi tujuan mendapatkan semula sijil/diploma yang hilang kerana di peringkat Jabatan Pengajian Politeknik hanya menyimpan data Arkib Pelajar Politeknik Malaysia sahaja.

  9. Sekiranya Saya mendapati tiada rekod di dalam Arkib untuk melihat data bekas graduan Politeknik,di manakah saya perlu rujuk ?
    Pelajar boleh merujuk ke Bahagian Pentaksiran dan Pensijilan, Jabatan Pengajian Politeknik di mana data yang disimpan adalah No pendaftaran pelajar,Nama Lulusan, No Kad Pengenalan, Jantina, Bangsa,Peringkat Sijil/Diploma/HPNM dan Tarikh Lulusan dengan menghantar email di alamat : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. . Untuk makluman tuan, Laman Web Arkib Graduan Politeknik boleh memaparkan maklumat bekas pelajar Politeknik yang telah tamat belajar dengan jayanya.

  10. Bagaimanakah saya ingin membuat rujukan mengenai peraturan peperiksaan Politeknik?
    Untuk makluman pihak tuan, pihak kami ada menyediakan buku Arahan-Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Politeknik. Buku ini boleh didapati di Unit Peperiksaan Politeknik masing-masing dan boleh digunakan sebagai rujukan bagi peraturan peperiksaan Politeknik.

  11. Bagaimanakah kaedah untuk saya memohon penukaran Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Politeknik memandangkan jadual peperiksaan Akhir Politeknik adalah selaras?
    Untuk makluman pihak tuan, Jadual Peperiksaan Akhir Politeknik adalah merujuk kepada Perancangan Takwim Peperiksaan Politeknik di mana prosesnya termasuklah pengedaran draf jadual waktu peperiksaan ke politeknik untuk diedarkan ke semua politeknik untuk rujukan dan maklumbalas pelajar serta pensyarah Politeknik. Untuk makluman pihak tuan, Jadual Peperiksaan Akhir Politeknik dihasilkan setelah mendapat pandangan/komen daripada semua politeknik iaitu draf jadual waktu tersebut diedarkan terlebih dahulu untuk mendapatkan pandangan pensyarah dan juga pelajar. Pandangan-pandangan yang diterima digunakan oleh Jawatankuasa Pembangunan Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Politeknik bagi menghasilkan Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Selaras Politeknik dan diperingkat inilah pelajar Politeknik dibenarkan untuk memohon penukaran jaduan Peperiksaan kepada Pegawai Peperiksaan mengikut kesesuaian Jadual Politeknik Malaysia iaitu sebelum Jawatankuasa Pembangunan Jadual Waktu Peperiksaan menyelaraskan Jadual Peperiksaan Selaras Politeknik .

  12. Apakah Perkhidmatan Lain Yang Boleh Diberikan Oleh Pihak Bahagian Pentaksiran Dan Pensijilan?
    Antara Perkhidmatan lain yang diberikan adalah
    1. Menyediakan Khidmat Sokongan Dan Perundingan Berkaitan Pembangunan Hal Peperiksaan Dan Penilaian Untuk Semua Politeknik.
    2. Menyediakan Data/Statistik Bagi Keperluan Jabatan Dan Pihak-Pihak Berkaitan.
    3. Mengumpulkan Maklumat Dan Maklumbalas Hasil Dari Operasi Tahunan Untuk Dijadikan Input Kepada Proses Penambahbaikan .