Bahasa

/

Logo

Logo

logo02

DIREKA OLEH:

DIANA BINTI JAIS

Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual

Politeknik Muadzam Shah (PMS)

 

Penerangan

 

4 bucu mewakili teras yang terkandung dalam Halatuju Transformasi Politeknik dan juga 4 komponen utama dalam TVET iaitu Teknikal, Vokasional, Pendidikan & Latihan.

Arah lengkungan ke atas melambangkan peningkatan kemahiran dan tahap kebolehpasaran pelajar serta peranan politeknik sebagai peneraju TVET.

Fon yang digunakan bagi POLITEKNIK adalah Dodge Font yang berkonsep futuristik melambangkan kesediaan JPP dalam memandu organisasi ke arah teknologi global. Perkataan MALAYSIA menggunakan fon Abeatby Kai bagi memperlihatkan elemen kemodenan. Cambria Bold pula digunakan bagi perkataan yang mewakili nama-nama politeknik yang ada. Rupa huruf Serif yang lebih formal digunakan bagi memperlihatkan kesungguhan politeknik dalam melahirkan graduan berkualiti dan berdaya saing.

Warna merah melambangkan keberanian dan kegagahan. Warna hitam pula mewakili aspek profesionalisma.