Bahasa

/

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

JPP komited memberi perkhidmatan yang berkualiti,cekap dan mesra pelanggan dalam perkara berikut:

  • Menyediakan peluang pendidikan berkualiti di peringkat diploma,dan diploma lanjutan selaras dengan keperluan industri semasa
  • Memastikan proses pengambilan pelajar ke Politeknik mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan serta memaklumkan keputusan kemasukan dalam tempoh satu bulan selepas tarikh tutup permohonan
  • Membuat penempatan pensyarah-pensyarah ke Politeknik sekurang-kurangnya dua kali setahun
  • Mengambil tindakan terhadap setiap aduan dan memberi maklumbalas terhadap pertanyaan dalam tempoh lima hari bekerja
  • Mengadakan sekurang-kurangnya satu sesi dialog setiap tahun dengan pihak industri dan agensi berkaitan untuk memastikan program pengajian yang ditawarkan sentiasa relevan dengan keperluan sumber tenaga manusia yang diperlukan
  • Menyediakan maklumat tentang peluang-peluang pendidikan yang ditawarkan dalam tempoh tiga hari bekerja.